DIARI RAYA AIDILADHA 1430 Hijrah ...

7.00 Pagi - Bersiap untuk bersolat dan pulang ke kampung


My home...home sweet home... 

Pagi ni bangun seawal pukul 6.30 pagi...hehe yer ke awal tu....siap awal2 kalau x my mum bising ler...biaser la mak kan, takat membebel tu biaser la. Perempuan ngan bebelan kan tak dapat dipisahkan...yer ke ma. Bebelan dia tu la yang menandakan seorang ibu tu sayangkan anak dia kan kan....


8.30 Pagi- Solat Aidiladha di Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Diary
Hari ini dua orang pembesar Negeri Perak turut sama di Masjid ini untuk sama-sama bersolat sunat aidiladha dengan ribuan rakyat jelata. Semoga Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah dan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dipanjangkan umur dalam memimpin negeri Perak dan terus memperjuangkan hak-hak rakyat jelata khususnya bumiputera.


  Sultan Azlan Shah


Anakanda baginda, Raja Muda, Raja Dr Nazrin Shah

Isi khutbah yang menggambarkan betapa dalam kita seronok membincangkan bilangan qurban yang dilakukan jangan kita lupa tentang umat Islam khususnya di Palestin dijadikan qurban oleh Israel khususnya Yahudi sendiri. Pengorbanan yang mereka lakukan itu terlalu besar sehinggakan sanggup mengorbankan diri sendiri atas nama jihad. 

9.30 Pagi-Pulang Ke Kampung Kepayang Fair Park, Ipoh


  With my sisters....


 Iqa bajet comel...Yang kanan dia lagi comel (kanan gambar,k)...kan kan...haha




Baby bwat2 cute....haha jangan marah ek



 Home sweet home....my kampong

Dah lama gak x balik kampong...sebenarnya takbir di Kampung lebih seronok berbanding dengan takbir di kawasan bandar....sebab ape x tahu lar. Di kampung mungkin suasana kawasan sekitar yang tenang mungkin tiba-tiba bergema itu yang menyebabkan hati jadi sayu.


Padang golf tepi rumah....haha nampak cam padang golf ker?


Akhirnya menjejak jugak kaki aku ke rumah ni pas berbulan x datang...huhu


Cuba tengok gambar tu kat pokok bunga tu korang nampak tu satu makhluk...eeeeeee


Abah yang sempat surf internet time raye...

Ramai gak sedara yang balik kampung tapi rasanya lebih ramai yang x balik sebab sibuk kerja dan jarak yang jauh agaknyer lar. Hari ni macam2 ader kat dapur tu dari lemang, sampailah ke Laksa sumer ade....makin besarlah aku nampaknyer...haha.

Tiba jer kampung, aku salam ngan mak-mak sedara aku pas tu sebelum diaorang cakap ak dah makin besar ak yang cakap dulu diaorang makin beso...haha. Gelak jer diaorang...haha.


11.00 Pagi- Melawat Kubur Tok Non & Tok Lah

 
Di kawasan perkuburan Pulai Heights....


Abah disisi kubur grandma....


Di kubur Tok Lah...di kiri tu kubur seorang bayi yang meninggal dunia ketika lahir, syurga sedia menantinya

Setiap yang datang pasti akan kembali, seperti biasa setiap kali raya aku ngan abah akan melawat kubur Tok Non Ngan Tok Lah, my grandparents yang meninggal dunia sekitar tahun 2000, pejam celik pejam celik dah hampir 9 tahun mereka pergi. Namun doa kami tidak juga putus-putus dalam mengharapkan yang pergi akan mendapat rahmat disisinya. Amin.....

Entah siapa yang akan teman abah pulak tahun depan andai kata aku betul-betul praktikal di luar...huhu. Ni yang bwat aku nak praktikal kat Ipoh jek ni....huhu padahal Dato Rustam dah kata tempat dah ada...tah lar let the time decide ar....

1.00 Tengahari- Bersolat Jumaat Di Masjid Kampung Kepayang

 Deretan kereta yang parking di hadapan masjid kampung kepayang ipoh....


Ketika khutubah dibacakan....


Setelah selesai solat Jumaat....

Hari ni tajuk dan isi khutbah lebih kepada rukun islam yang kelima iaitu mengerjakan haji di Mekah bagi yang mampu dari segi harta dan keupayaan. Khatib menyeru agar kefahaman sedia ada iaitu mengerjakan haji selepas pencen diubah dan golongan muda patutnya mengambil peluang sedia ada dalam mengerjakan haji di usia muda.
Dadah haram di sisi Islam....ayat ni boleh dipertikaikan walaupun kita fahami maksudnya


Papan tanda di atas kita boleh pertikaikan sebab bagaimana pula dadah yang digunakan dalam ubat-ubatan adakah ianya haram, istilah haram bukannya bende mainan??...setiap manusia buat kesilapan kan, mungkin pihak tersebut terlepas pandang tapi pikir2 balik, takkan dia nak spesifikkan nanti panjang lar plak papan tanda ni...haha. Bukan mengkomen tapi sekadar prihatin dengan penggunaan bahasa melayu....ceh macam Pakar Bahasa la plak...naseb baek amek akaun..huahhuah.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???