TatkalaTakbir Bergema, Hati Sayu Tanda Kehambaan...


Semalam lepas sampai jer kat rumah, Abah ajak aku ke Masjid untuk sama2 bertakbir raya sempena raya haji yang bakal disambut hari ni...

Entah kenapa, bila aku dengar jer takbir raya tu....hati menjadi sayu....aku mula memikirkan betapa aku telah bersalah dengan orang sekeliling aku, aku terlalu kejam, aku selalu menyusahkan hidup mereka dan selalu sahaja membuatkan mereka marah.....

Adakah mungkin aku berjumpa dan mendengar lagi takbir seperti ini lagi...huhu. Entah lar, sekeras-keras hati manusia bila masuk sahaja ke rumah Allah, hati menjadi lembut agaknya....

Sempena hari raya haji yang akan kita sambut hari ni, aku mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Haji dan maafkanlah kesilapan aku kerna aku manusia biasa yang tak pernah lari dari membuat kesilapan.

Selamat Hari Raya Aidiladha

Maaf Zahir Dan Batin,


Mohd Ashraf Bin Mohd Zabidi
Penulis What Does It Mean By Human Being

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis