BESARNYA KAU DALAM AKU



Suatu gambaran betapa pentingnya orang tersebut dalam kita....sehinggakan apa sahaja yang berlaku dalam hari hidupnya nak saja kita tahu.

Bak lagu dua insan "bila kau senyum ku gembira, bila kau sedih ku menangis" begitulah apabila ada insan yang mendapat tempat dalam hati sehinggakan cubit paha kanan yang kiri terasa jua.

Siapapun kita, raja, perdana menteri, jutawan, ahli sukan atau sesiapa sahaja pasti akan ada insan yang terlalu besar di dalam hati selain ibu, bapa dan keluarga.

Andai sesiapa yang membaca post ini ingatlah betapa sekiranya anda rasa diri anda kecil, anda besar dihati orang lain. Mungkin ada yang tahu, mungkin juga yang tidak mengetahui siapa yang rasa diri masing-masing besar di hati orang lain.

Tatkala meletakkan post ni, aku berfikir siapalah diriku yang mampu meletakkan diri di hati orang lain sedangkan aku insan yang lemah dan tidak bermaya hanya kepada Allah aku harapkan dan bergantung, insan yang tidak punya apa, hanya satu aku harapkan agar orang yang penting dalam diriku ini sentiasa sahaja dalam keadaan gembira dan ingatlah aku sentiasa mengingatimu...

Aku harapkan keampunan dan kemaafan atas kesalahan dan kesilapan yang selama ini aku lakukan kerana thats what it means by human being.

Sekian..


Mohd Ashraf Mohd Zabidi
Penulis Blog What Does It Mean By Human Being

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis