BELAJAR GAYA SMART



Baru hari ni aku sedar yang ada satu cara perancangan belajar yang baik mengikut kaedah SMART. Apa tu SMART, akan diterangkan kat bawah:

S- Specific
M-Measureable
A- Attainable
R-Reasonable
T-Timely


1) Specific 
Perancangan kita tu mesti spesifik contohnya nak belajar MAF410, Bab5 dari jam 10 pagi ke 11pagi dan akhirnya nak hasilkan nota yang boleh dibaca.

2) Measurable 
Suatu perancangan yang baik mestilah boleh dikira atau dimeasure contohnya habiskan satu bab MAF dari 10 pagi hingga 11 pagi, ukuran bilangan bab yang boleh dihabiskan digunakan dalam perancangan sebagai sesuatu yang boleh dikira, diukur atau measureable.

3) Attainable
Attainable atau boleh dicapai, jangan letak perancangan belajar tidak tentu hala, setkan perancangan yang anda rasa mampu dicapai contohnya habiskan Bab 1 MAF dalam masa sejam.

4) Reasonable
Biarlah perancangan yang anda lakukan itu adalah reasonable atau relevan. Kerna sekiranya tidak relevan ini mungkin akan mengurangkan motivasi anda untuk belajar. Sebagai contoh sekiranya anda mampu habiskan satu bab dalam masa dua jam, jangan pula anda letakkan masa dua jam untuk habiskan 4 bab ini akan mengurangkan motivasi anda.

5) Timely
Suatu perancangan yang berkesan juga mempunyai tempoh masa contohnya belajar dari jam 10 pagi hingga 11 pagi, masa tersebut adalah tempoh masanya.

Gaya perancangan diatas hanyalah satu cadangan, terpulang kepada anda untuk mempraktikkannya atau tidak.

Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis