AMEK MY SAYANG.....KENE SAMAN....DEFEND YOUR COMMUNITY RIGHT

Today after go to Section 6 with Din for a lunch, I went to Plaza Alam Sentral to take my sayang....my nurnokia n81...haha. Unfortunately, what I expected didn't happen when the shop said that I need to change my LCD screen but they are out of stock....arghhh..

So I go around the complex to find a mobile dealer who able to repair my honey. Alhamdullillah lastly I found a dealer who can repair it, and he said the problem just the mobile ribbon....ermmm sep cost sket daripada nak tukar LCD yang beratus tu...haha.

Tup2 turun jer kat parking motor tengok2 aku dah kene saman, aku masa tu sebenarnya tak puas hati sebab aku rasa dah parking dalam kawasan kuning untuk parking so ak amek keputusan untuk tanya brader2 penguatkuasa kat situ kenapa aku kene saman walaupun dah parking kat tempat yang ak rasa betul. Brader tu kata kawasan parking tu dah kene padam...ermmm....padam ker aku ingat dah pudar. Dia kata lagi kalau aku tak puas hati boleh jumpa Pegawai Undang2 kat bangunan MBSA....so aku pi lar ke sana untuk buat aduan ketidakpuashatian...ermmm...orang yang kat tingkat 12 tu plak kata...tu silap Jurutera MBSA sebab tak abeh padam garisan tu. Ai...salah MBSA kami pulak yang jadik mangsa, tapi aku tanya pun dalam keadaan yang berhemah ler, takder le nak marah2 sebab tak berapa baek kan marah2 ni.


Sistem E-Aduan MBSA

Tup2 balik jer dari Bangunan MBSA tu aku terus emelkan ketidakpuashatian aku kat dalam sistem website e-aduan MBSA dan satu lagi emel kepada Dato Bandar Shah Alam...argh  aku tak kira, kalau aku jer yang disaman takper tapi kalau semua orang kene saman pasal kekeliruan ni aku rasa aku tak leh terima.

E-mel yang aku tujukan kepada Dato Bandar pulak bunyi dia lebih kurang macam ni....
__________________________________________________________________________________

Tuan Mazalan Bin Md Noor
Datuk Bandar
Majlis Bandaraya Shah Alam
Tingkat 1, Wisma MBSA,
Persiaran Perbandaran
40000 Shah Alam


Tuan,

ADUAN KEKELIRUAN TANDA GARISAN KUNING DI JALAN INSTITUSI SEKSYEN 14 SHAH ALAM
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
Pada 25 Nov yang lepas saya telah parking di hadapan Plaza Alam Sentral untuk ke kompleks tersebut. Saya lihat di situ ada kawasan meletakkan motorsikal kerana  garisan kuning ketara dan tiada pula garisan kuning panjang tanda tidak boleh parking.
Namun setelah saya kembali ke parking tersebut saya lihat motorsikal saya telah pun disaman walaupun saya berada di dalam kawasan parking ini membuatkan saya tidak berpuas hati kerana sepatutnya sekiranya tempat tersebut tidak boleh parking dan garisan kuning parking masih ketara naikkanlah papan tanda atau sebagainya, yang ada hanyalah papan tanda zon tunda.
Saya harap pihak MBSA dapat menyegerakan tindakan, di atas perkara ini kerana perkara ini telahpun berlarutan sekian lama.
Saya merupakan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM yang mana saya tahu betapa ramai pelajar UiTM yang disaman akibat kekeliruan ini daripada pemberitahuan rakan-rakan saya. Saya harapkan agar pihak tuan mengambil tindakan kerana walaupun saya telah pun berjumpa dengan unit penguatkuasaan di tingkat 12 MBSA namun jawapan yang diberikan tidaklah menyakinkan saya namun keprofesionalan mereka dalam menjawab soalan saya cukup hormati.
Pembantu penguatkuasa yang telah menyaman saya ialah En Mohd Rashedi Bin Ismail namun bukan isu saman atau penyaman yang saya nak keutarakan kerana saya terima prinsip undang-undang yang bersalah akan dihukum dan merupakan tugas beliau untuk menjalankan tugas tetapi isu kekeliruan yang saya mahu ketengahkan di sini kerana ia amat memalukan bagi pihak MBSA yang menyaman tetapi tidak kena pada keadaan tempat dan garisan jalan sedia ada. Ini juga boleh memburukkan imej Bandaraya Shah Alam dimata orang luar.
Saya juga kepilkan bersama gambar tempat kejadian untuk rujukan pihak tuan.
Saya sekali lagi mengharapkan agar tindakan ini disegerakan kerana andaikata yang disaman adalah orang yang tidak berkemampuan untuk membayar ini akan mengakibatkan orang tersebut seperti teraniaya.
Sekian salam aduan
Terima kasih
Mohd Ashraf Bin Mohd Zabidi
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Teknologi MARA Malaysia



LAMPIRAN GAMBAR KEKELIRUAN TANDA DI PARKING MOTOR JALAN INSTITUSI SEKSYEN 14

Keadaan Garisan Kuning Yang Masih Kelihatan Tetapi Dengan Ketiadaan Garisan Kuning Panjang Amat Mengelirukan Samaada Kawasan Ini Boleh Parking Atau Tidak
 


Keaadaan yang sama kepada motor ini diletakkan di dalam kawasan parking tetapi disaman adakah patut atau tidak?

Motor ini memang patut disaman kerana parking di kawasan Garisan Kuning panjang dan pada saya disini kekeliruan tidak berlaku


Kita boleh lihat garisan kuning yang masih lagi dapat dilihat dan tiada pula  garisan kuning panjang penanda tidak boleh parking

Saya telah berurusan dengan unit ini tetapi jawapan yang saya dapat tidak dapat meyakinkan saya berapa lama lagi individu yang mungkin dalam kekeliruan akan disaman

Namun keprofesionalan mereka dalam menjawap soalan yang saya keutarakan cukup saya hormati sesuai dengan motto MBSA bermanah dan mesra
 _____________________________________________________________________________________________

Aku rasa aku dah belajar satu perkara yang besar hari ini iaitu how to defend your rights...ermmmm tah saper lagi lar yang kene saman tu buat aduan cam aku ek...haha. Takper demi kepentingan korang ak akan pastikan Dato Bandar sedar pasal benda ni dan segera ambil tindakan pasal bende ni. Maybe this is the first step for me to become ahli parlimen....insyallah. 

Sesungguhnya aku buat semua ini bukan untuk diri aku tetapi untuk orang-orang selepas ini agar tidak keliru dengan tanda yang ada dan agar orang yang kurang berkemampuan tidak berada dalam situasi aku sekarang.



Sekian Salam Satu Malaysia


Mohd Ashraf Bin Mohd Zabidi
Orang Yang Kene Saman Ngan MBSA Arini (25/11/2009)...haha

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis