Tiga Malam Dengan Program Jemputan

Khamis (18 Oktober 2009) – Futsal Career Week Apacs
Selepas jer test tax pada malam tu aku terus bergegas ke Pusat Sukan untuk turun padang menyaksikan Futsal Career Week 2009 anjuran APACS. Aku sebenarnya bila dijemput oleh badan-badan pelajar ni aku susah untuk tolak sebab aku tahu salah satu tanggungjawab aku adalah untuk itu sebaik sahaja memegang kerusi MT MPP UiTM ni. (Ahli MT 4 tertinggi, MT sehingga Penolong Bendahari)
Pertandingan futsal malam tu menarik tetapi yang lebih menarik bila jumpa nombor pendaftaran motor yang sipi-sipi cam aku nyer nmbr pendaftaran. 

My Bike (AFJ 8573) With Another Member Bike (AFJ 3173)


Sebelum pulang ada seorang pelajar yang member aku kad jemputan untuk Program Ceramah “Couple Dalam Islam Dibenarkan Atau Tidak”, satu topik yang aku rasa cukup popular. Tapi untuk pengetahuan pada malam esoknya aku ada Mesyuarat Bersama MT SMF, dalam waktu yang lebih kurang sama.

Jumaat (19 Oktober 2009) - Program Ceramah Couple Dalam Islam Dibenarkan Atau Tidak
Sebelum aku pergi ke Ceramah tersebut aku hadir ke mesyuarat MT SMF yang diadakan di FKM. Aku memulanya berat jugak nak pergi sebab aku kene keluar mesyuarat awal untuk hadir ke Program Ceramah tersebut tetapi aku pergi juga atas sebab Zira tak dapat hadir pada malam itu. 

Setiausaha Agong Sekretariat Mahasiswa Fakulti Perakaunan, MR HF...haha

Bermacam-macam perkara kami bincangkan pada malam itu antaranya pasal keadaan SMF di Puncak, Penubuhan Alumni, Majalah Fakulti dan sebagainya namun aku ada hingga pukul 9.15 sahaja kerana ada program lain selepas itu.

Attention, aku tengah meting ni...haha


Bukan dating ek, just perbincangan between MPP ngan Presiden about student welfare


Sebenarnya Presiden sendiri berat melepaskan MPP kesayangan untuk keluar dari mesuarat itu…haha tetapi nak wat camna aku takkan kecewakan penganjur program tersebut kerana aku telah beritahu mereka yang aku akan dating.Timbalan Presiden sendiri backing aku dalam sindiran dengan ayatnya, “ Padan la Fifi tak suka engko Acap sebab engko terlalu pentingkan student”,(Lebih kurang camtu la ek, Mirul…haha). Yup, memang kebajikan pelajar aku pentingkan, kalau tak aku takkan jadi wakil pelajar yang mana satu hari nanti insyalllah akan menjadi wakil rakyat kawasan Ipoh Timur, kawasan kubu kuat Lim Kit Siang….Insyallah.

MC of the program (left) and the Ustaz..lupe lak nama



Tuan Haji Khatab giving a gift to the Ustaz for his speech


Pada program ceramah tersebut satuisi terpenting yang aku ingat ialah:
‘Umat Islam boleh bercouple tetapi mengikut syariatnya agar kita boleh mengenal isi hati masing-masing”

Syariat bermakna landasan yang betul, landasan yang bagaimana?
Landasan yang membataskan, kita boleh dating tetapi biarlah ada orang ketiga sekiranya tidak Syaitan akan muncul menemukan kedua nafsu. Contohnya kita mintak orang yang kita nak kenal isi hatinya itu membawa teman itu adalah lebih baik.
Pada malam itu jugak, Amin, MPP Seni Lukis Seni Reka, dan Azam MPP FKM datang ke Jati untuk urusan tuntutan program dan resit bagi program-program fakulti mereka.
 
Sabtu (20 Oktober 2009) – Majlis Pra Graduan Kolej Kediaman Jati 2009



A karaoke rehearsal on the evening before the event


Cam Artis plak...haha



Penolong Pendaftar (AR) of the program yang jaga registration



"Malam Asprisiasi Kolej Kediaman Jati"



Meja VIP....kosong


Meja VIP....dah ada orang...haha magik



Barisan MC of the event







Candid Camera On The Event




Malam semalam pulak, aku ada jemputan ke Majlis Pra Graduan Kolej Kediaman Jati Oktober 2009 di
Dewan Seminar Kolej Kediaman Jati, pejam celik pejam celik dah hampir setahun aku meninggalkan
dunia Jawatankuasa Perwakilan Kolej yang aku pegang setahun yang lepas.

Orang penting Hal Ehwal Pelajar, Dr Rusmin Talib jugak turun untuk memberikan sokongan. Program yang dinamakan Malam Asperiasi Kolej Jati ini jugak sebagai suatu program simbolik perasmian Dewan Seminar yang siap hampir 6 bulan yang lepas dah banyak juga program-program yang telah dijalankan.
Banyak anugerah-anugerah yang telah diberikan antaranya ialah:
-          Penyerahan Sijil JPK, JPB dan Sekretariat
-          Anugerah Hang Nadim
-          Anugerah Tun Seri Lanang
-          Anugerah Hang Tuah
-          Anugerah Khas Pengetua  
Program-program diatas dah cukup orang mengatakan betapa aku sebok memanjang sampai malam pun sebok….huhu.
 Kerja/Masalah/Projek sedia ada pun belum lagi aku settlekan…
-          Majalah Fakulti 2009
-          VCD Program Pelajar 2009
-          Penubuhan Alumni Of Accounting Student Association Committee
-          Keadaan antara SMF dan AFTAS di Puncak Perdana
-          Pelarasan Program-program MPP (Konvensyen, Jom Nikah, Dinner PMMMS &
-          Pelarasan Jamuan Selepas Mesyuarat SMF & Persatuan Dalaman Untuk September & Oktober
Tapi pada aku, kesebokan akan mengajar erti management of time dan cabaran dalam hidup. Yang penting kita happy dan senyum selalu…haha



Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis