Teringat aku kisah terdahulu kala.....haha

Korang pernah terfikir tak bila kali pertama korang bagi bunga hadiah or something kat orang yang suka....tak bermakne awek jer,k. Tak kesah ar member ker saper ke.

First time kat tadika, aku bagi bunga kat orang yang aku suka dan maybe minat....tapi korang boleh bajet tak yang budak tu sedara aku sendiri...haha mcam2 kes ader. Yang bestnyer plak, bunga tu abah yang beli sebab aku mintak dan bunga tu bunga dalam kotak plastik, bukannya bunga yang orang bagi kat awek2...haha.

Pas tu time kat sekolah rendah plak aku ader citer gak, ader satu time aku cakap kat budak ni aku suka dia...siap dia kejar aku satu sekolah lagi....haha jenuh-jenuh aku lari tapi akhirnya dapat gak, yer ar maner nak lari main aci kejar ngan wakil lari 100m...haha. Sumer tu tinggal kenangan jer, aku tak tau ler kemane dia g skrang.

Tak abeh lagi kat sekolah rendah tau, ader plak time darjah 6 tu aku minat ngan sorang anak Datin ni, mak dia cikgu sekolah tu, bapak dia Dato wakil rakyat. Aku merupakan anak murid kesayangan mak dia tu sebab aku ajer yang selalunya dapat markah paling tinggi dalam subjek dia..hehe. Selalu gak ar aku kacau anak Datin ni namer dia Ebby...hehe sedap nama. Last time aku jumpa dia time, majlis anugerah cemerlang SPM anak-anak perak kawasan lembah kinta, dia skrang dah kat UK kalau tak silap. 

Kat sekolah menengah pulak benda yang sama berlaku, tapi kali ni aku minat dengan awek yang member aku sendiri minat...haha. Tapi aku just senyap2 jer ar, yer la bukan per taknak mengeruhkan hubungan dah member baek kan, takkan kerna perempuan sanggup nak jualkan harga sebuah persahabatan...aiceh ayat cam dalam novel plak. Pas jer form 3 dia pindah SBP, aku g gak SBP tapi g tengok jer ar yer ar aku nyer result PMR teruk sebab banyak maen game....hehe tau takper. Paling teruk bahasa Arab sampai dapat skor E...E for England.

Masuk jer form 4, aku jadik ketua kelas tapi kalau nak tau kelas mana ada suara vokal paling sedap aku ar. Sehinggakan time sebut..selamat pagi cikgu tu bebudak tak dengar, lepas 2 bler-bler...haha. Time tu aku minat gak ngan sorang gadis nama Ecah ni tapi aku minat camtu jer ar, sebab aku tengah fokus kat akunyer SPM yang akan diambil next year....dalam taun 2005 camtu ar aku amek SPM.

Pas jer abeh SPM, aku keje jap kat The Store Ipoh, korang tau berapa lama aku keje situ...hehe around setengah hari jer ar. Bukan aper sebab aku rasa tak sedap ati aku keje tapi mak bapak aku tak tau, x mintak kebenaran pun...huhu. Pas tu aku keje kat ToyCity kat sini mcam-mcam permainan ader tapi aku boring gak yer ar jadik promoter ni kaki mesti kuat maa...diri dari 10pagi smapai 11malam mcam robot pun ader.

Lepas beberapa bulan keje aku dipanggil untuk PLKN....hehe syoknya, tapi time before g tu rasa alamak camne nama aku ader ni...tension tension.So aku pun benti keje, at the same time result SPM kuar and I'm the best student aliran akaun peringkat sekolah, untuk first timenyer aku mengalahkan rival aku yang jugak member baik aku Alwi. Dia 6A aku 8A...huhu bukannya 10A pun aku...tapi alhamdulillah rezeki yang Allah bagi.

After beberpa hari lepas result kuar aku pun g ar PLKN, kat sini memang aku popular kat kem tu mane tak jadik, calon pilihanraya time 2. Banyak gak yang minat aku tapi aku nak wat camner, aku bukannya play play around...hehe. Banyak gak member PLKN aku yang couple dari PLKN sampai skrang. Tapi kalau korang nak tau, Kem aku tu keras, antara faktor keras ialah sebab dibuat dari batu dan selain itu tempat 2 gak tempat permainan mahkluk2 tu. Banyak gak yang kene, korang boleh bayangkan ader satu masa time program dijalankan, satu demi satu Wirawati, (panggilan dalam PLKN)....kene histeria, last-last satu dewan kene...aku pun cuak gak tapi ni lar pengalaman hidup. So biler aku tengok suratkhabar pasal benda-benda ni mmg aku percaya.

Ingatkan panas hingga ke petang rupanya winter di tengah hari...pepatah baru. Belum sempat aku menghabiskan PLKN dah kene panggil balik untuk matrikulasi, time tu sebenarnya aku prefer amek diploma tapi disebabkan mama kata baik pergi dulu nanti kalau tak dapat amek diploma naya jer...so aku pun g ar. Sebelum balik tu memang ramai aweks yang mintak nmbr telefon ak, ak bagi jer ar. Networking kan....haha. Bleh plak beberapa hari before balik tu terminat dan diminati kat seseorang yang bernama Huda ni. Aish, pening gak kepala, dia pun dapat matrik gak, Matrik Penang budak Sains hayat, dokter tu...haha.

Pas balik PLKN, rehat kat umah dua tiga minggu aku pun g ar Matrikulasi Perlis, sebelah UiTM Arau. Kat sinilah aku memegang jawatan JPP atau Jawatankuasa Perwakilan Pelajar selama 2 bulan, menang pilihanraya, pi kursus, lepas majlis angkat sumpah aku letak jawatan...haha tah lar sumer tu tak aku duga. Tapi aku cukup suka sebab dia mengajar aku tentang erti penghargaan atau orang puteh kata appreciation.

Kat matrikulasi ni gak ar, aku minat kat awek sekelas yang bernama Azlin ni. Tapi seribu kali sayang time nak declare, dia kata dia dah ader.....huhu. Kalau bleh, time tu gak nak letak jawatan as pelajar matrikulasi....haha takder aku still rasional. Perasaan ngan rasional maner belh disamakan. Cuma segan gak ar dengan dia, yer ar dah ar satu kelas....haha padan muka aku. Pas tu aku tak jatuh cinta ngan saper2 dah kat matriks, coz i'm still sayang kat dia, tapi disebabkan antara sebab itulah aku dapat dua-dua sem 4flat...alhamdullilah.

Pas jer matrik, aku dapat UiTM, pilhan pertama aku. Memula time apply aku letak UM as universiti pertama pilihan aku , tapi pas fikir-fikir balik yang yuran UiTM murah aku pun mohon ar. Sebab aku pun dengar accountancy kat UiTM,  one of the best. Dengan result 4flat tu ar aku dapat JPA, alhamdulillah. Tapi beberapa hari before g UiTM 2, aku ader contact ngan Azlin, dia kata dia dapat UKM...haha dekat gak tu.

Kat UiTM ,hari pertama masuk time taklimat ibubapa, time tu aku still ader kat situ, Mama kata nanti Acaf jadi macam abang-abang kat depan tu (abang-abang PM & abang-abang MPP)....so now I'm already be one of the person mum want I to be.

Masa first semester lagi aku dah target, first semester nak jadik kelas rep(ketua kelas bagi yang tak tau), sem dua ngan tiga jadik JPK & SMF, sem keempat dan kelima jadik MPP (abang yang kat depan tu mak aku kater), sem keenam dan kelapan tumpu study bagi first class honours...insyallah.
Ader satu lagi yang perlu dicapai, be the first person of the faculty who do practical outside....insyallah bulan Julai 2010 ni. Tak kat UK, kat Switzerland, tak kat sana last source may be kat Dubai tempat Abah pun jadi ar. 

Eh belum habis lagi k, pada ujung tahun 2008, masa aku jadik kelas rep sem satu aku mendedikasikan diri aku kat tugasan kelas so no feeling-feeling ar....tp sebenarnya still teringat kat Azlin and aku pulak jenis yang setia....huhu.

Sebenarnya ramai yang mesej tanya awak dah ader awek ker? Jawapan aku satu, takder tapi aku sukar nak accept anybody except her.

Tapi kalau nak tahu dari  sekolah tadika sampai universiti, dari Shida hinggalah ke Azlin sumenyer bercermin mata. Sehinggakan aku dengan Lynn pun aku minat cermin mata dia gak selain dia...haha. Maybe sampai sekarang ni aku tengah cari wanita dengan cermin mata kut...haha.

Bukan aper, pada aku orang yang bercermin mata ni aku gambarkan orang yang mahu sentiasa membaiki diri sendiri berbanding kalau pakai contact lens. Maybe thats why kebanyakan yang aku minat sumenyer bercermin mata, sebab teori yang aku pegang tu...haha.

Tapi satu jer, memilih teman bukan seperti memilih baju, suka kita ambil, tak suka kita tinggalkan kerna kesetiaan tu satu benda yang penting dalam berteman. Aku jugak doakan agar sekiranya aku dapat seseorang insan selepas ini (of course calon yang bercermin mata...hehe) andai kata dia ada kelemahan, aku akan betulkan dan sebaliknya agar mungkin apabila berlakunya perpisahan nanti pembetulan  kepada kelemahan tu lar yang akan menjadi tanda cinta kami(aiceh) dan dalam berteman kita bukan sahaja perlu menerima orang yang kita cintai tapi orang sekelilingnya jugak spt keluarga, rakan-rakan dan juga mungkin bekas teman kerana terputus hubungan as teman, tidak bermakna hubungan as member akan terputus.


Bukan couple bukan bermakna bukan lagi member.....hehe macam ayat ni aku guna masa dinner ngan Yana and Eton aritu jer...haha. Eh biler lagi nak kuar makan ni ha?


Tension aku naper ar korang senior aku kalau dak, ak dah terima dah korang wat menantu, menantu mak aku...haha.

Kalau senior. Korang grade dulu, korang keje dulu, pas tu aku nak bagi makan aper, batu...haha

Aper-aper pun perjalanan kita masih jauh, aku nak pursue ACCA dulu before keje...insyallah.

Goodluck for both of you nyer practical, nanti bebila kita beli hadiah beday ko ek Yana.....

Aper-aper pun cerita tadi just suatu perkongsian dimana kadangkala erti kesetiaan itu boleh menyebabkan hati ni sering kekosongan mengingatkan orang yang mungkin tiada lagi dalam pandangan....once break consider sold, once sold consider break...haha

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis