Pertandingan IID Peringkat Fakulti 2009

Sebagai mencapai moto kerajaan

SATU MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

aku sebagai YB turun la ke program IID 2009...yer ke YB....hehe insyallah

Program ni diadakan kat tingkat 12, Menara SAAS. Pertandingan ni merupakan pertandingan yang mengumpulkan semua rekaan dan inovasi yang dihasilkan oleh pensyarah dan pelajar fakulti perakaunan. Pertandingan ni sebenarnya untuk melahirkan golongan yang beridea dalam melahirkan produk-produk berkesan dan boleh dijual.


Game Pancing Memancing


Game Pancing memancing bersama tuan punya projek...eh silap puan 
(eh korang dah kawen ke....haha)


Projek Dr Zuraidah, Timbalan Dekan HEP & Alumni


Member aku, Hazwan ngan Apis yang masuk pertandingan IID 2009 ni....tengah berdebar menunggu keputusan


Majlis Pemberian Hadiah dan Sijil kepada Peserta.....eh tak der sijil kosong ker mintak satu

Untuk pengetahuan korang aku ader projek yang sepatutnya masuk tapi disebabkan kesibukan aku untuk mencari masa dalam mencari satu komponen dalam projek aku. Akhirnya projek aku yang 90% siap terbengkalai camtu jer...huhu.

Aku jumpa Pn Intan time program tu untuk tanya pasal Praktikal luar negara, dia mintak aku jumpa Timbalan Dekan Jaringan Dan Industri, Prof Rozainun untuk dapat maklumat lanjut. Dia gak kata UiTM ada menyediakan elaun untuk itu dan JPA still akan tanggung. For the time being, tak ramai yang mintak. Aku nak mintak sebab aku rasa aku nak keluar mencari pengalaman dalam usia muda ni dan dalam masa yang sama balik ke kampung aku kat UK...bukan Ulu Klang,k.

Korang doakanlah aku, manalah orang yang korang kenali ni akan menjadi somebody pada masa depan cam Datuk Farid Ridzuan ker, Tony Fernandez ker, Jamaluddin Jarjis ke, atau seorang ambassador ke luar negara.Insyallah.

"Man can dream to be something because a dreaming is an ambition and planning but dream must be followed by usaha and tawakkal because all the things will be determined by Allah" 

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis