Orang Yang Banyak Komen Sebenarnya Sepatutnya Dikomen


Korang penah jumper tak orang jenis cam kat atas ni, banyak komen tapi sendiri pun tak betul....huhu. Aku kekadang tu tengok member-member aku, kekadang ader je yang nak aku komen tapi disebabkan aku rasa aku sendiri pun banyak kekurangan so aku rasa baik aku diam.

Tapi kekadang aku jumpa gak orang yang jenis kat atas ni, bukannya nak mengata tapi sebenarnya bila aku terjumpa orang camni korang tau apa aku nak kata???? Kalau bleh nak jer aku kata .....so what? so what? and so what?....tapi korang tau ape sebab utama ak tak ckp camtu? Aku tak ckap camtu sebab aku tau, as your post now, once you speak like that, people will never respect you. So itulah datangnya kesabaran.

Syeikh Abdul Aziz Hamidi dari Universiti Al-Azhar ada berkata dalam ucapannya kat KLCC taun lepas yang bertajuk People Who Always Complaint Are People Who Are Not Motivated People, yang mana dalam bahasa melayunya bermaksud orang yang selalu sangat memberi komen ni sebenarnya bukanlah orang yang bermotivasi dan beliau juga menggunakan perkataan 'idiot' untuk orang sebegini. Menurut beliau, bukan bermakna kita tidak boleh untuk memberi komen tetapi komen yang keterlaluan yang menyebabkan ianya adalah 'idiotic type of person'.

Barrack Obama dalam ucapan kemenangan sewaktu di Illinois juga berkata di dalam ucapannya "you can complaint, but too much complaint you are an idiot". Kita boleh tengok akhbar bertarikh 5 February 2008 dimuka hadapan akhbar NST untuk melihat kesahihannya.

Dr Mahathirjuga dalam ucapan sebelum beliau turun dari jawatan sebagai Perdana Menteri di Konvensyen UMNO ke 58, pernah berkata bahawa kita orang melayu ni selalu sangat memberi komen tapi kelemahan diri sendiri tidak pula dikomen, inilah sebenarnya mengapa cerdik pandai pun kadangkala bodoh (sori kalau terkasar bahasa) akibat selalu mengomen tetapi tidak pula sedar kelemahan diri sendiri.Menurut beliau juga, wujudnya perbezaan diantara memberi komen dan nasihat. Nasihat menunjukkan cara, komen pula tidak menunjukkan apa-apa cara. 

Mahatma Ghandi sekiranya kita lihat di dalam ucapan paling popularnya " men with independence is less complain men" juga mempunyai pendapat yang sama seperti Barrack Obama, Dr Mahathir dan Syeikh Hamidi.

Tapi walau apapun pemimpin dunia kata, individu yang hidup sebagai seorang pengomen akan tetap menjadi pengomen kerana sudah persekitaran membentuk dunia seorang pengomen itu.

Sekian.

ps: artikel di atas hanyalah untuk kita sama-sama berfikir sebelum kita komen sesiapa dan tanyalah diri anda sendiri adakah kita sudah cukup sempurna untuk komen orang lain.

Kalau member-member aku yang banyak komen aku akan suruh diaorang jadik commentator atau juruhebah sukan, kan ke lagi baik. Tak mengabehkan boreh...haha

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis