Followers

Wednesday, 7 October 2009

Mengapa Sukar Untuk Aku Ungkapkan



Memang aku sayang
Memang aku cinta
Tetapi mengapa sukar untuk mulut ini
Sukar untuk mengungkapkan kata-kata
Kata-kata yang memahamkan engkau tentang erti sayang

Memang aku sayang 
Memang aku cinta
Yang aku dambakan bukan kecantikan
Bukan luaran menjadi ukuranku 
Tetapi pemikiran kau yang matang aku dambakan

Memang aku sayang 
Memang aku cinta
Apabila mendengar buah fikiranmu
Bagaikan baik bagai tiada tandingan
Kerana fikiranmu melampaui masa depan


Memang aku sayang
Memang aku cinta
Kerana kaulah insan pilihan hatiku
Yang mana tiap kala aku teringatkan
Insan yang menjadi pengubat hatiku


Memang aku sayang
Memang aku cinta
Tetapi sayang seribu kali sayang
Apa yang aku dambakan takkan menjadi kenyataan
Kerana kau kini milik orang

Semoga kau bahagia sayang...


Daripada Ashraf Zabidi

No comments:

Other Topics