Followers

Saturday, 10 October 2009

Konvensyen MPP UiTM Se-Malaysia

Sebagai sebuah Universiti yang mempertahankan bumiputera adalah sangat mustahak bagi wakil-wakil pelajar universiti ini untuk sama-sama duduk semeja membincangkan kearah kebajikan pelajar dan kebaikan bersama.


Zaimi bergambar dengan sijil saper tah...haha.

Justeru 2, MPP UiTM Shah Alam  (Dulu UiTM Malaysia dengan perubahan nama  pada bulan Oktober 2009 lepas oleh VC) menganjurkan konvensyen MPP UiTM SeMalaysia yang mengumpulkan 4 wakil (kebanyakannya MT) dari kampus-kampus cawangan yang bertempat di UiTM Kampus Puncak Perdana.
Macam biaser kalau program MPP tahun ni saper lagi Bendahari Program kalau bukan aku...haha entah ar cam best pun ader cam tak best pun ader. Tapi sebenarnya aku juga bertindak sebagai adhoc-adhoc lain dalam program ni buat pertama kali contohnya sebagai Biro Program, MC, dan pembaca doa buat pertama kali...haha.

Hari Pertama: Mesyuarat YDP-YDP UiTM & RESOLUSI 
 
Program bermula dengan penyiapan tempat oleh kami penganjur program, dari kelas kami jadikannya bilik meting bertaraf lima puluh bintang....haha.


Tengah pikir camne nak susun meja ni....


Yang tu letak situ, yang ni letak sini pendek kata tak yah ubah aper2 lah....haha


Tertera di pintu "Dulu surau wanita kini surau lelaki..."



Suasana Malam Di UiTM Puncak Alam

Pada malam tersebut program dijalankan dengan Mesyuarat antara YDP-YDP MPP UiTM SeMalaysia yang dipengerusikan oleh KPNYDP MPP UiTM Malaysia, Abang Sham. Tujuan mesyuarat tersebut adalah untuk membincangkan masalah-masalah kampus, manakala di sudut lain suatu resolusi sedang dibincangkan oleh Perwakilan-perwakilan yang tidak menyertai mesyuarat YDP2 tersebut.

Hari Kedua: Ceramah Strategi 200,000 pelajar, Perubahan Akta 174 dan Penyerahan Resolusi

Pada pagi esoknya, dua taklimat penting iaitu ceramah strategi kearah 200,000 pelajar menjelang 2010 oleh En Mazlan Idris dari Bahagian Pengambilan Pelajar diadakan dan bwat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku, aku menjadi MC slot tersebut. Syok gak jadi MC ni....haha


Hadirin yang khusyuk mendengar ucapan alu-aluan mc, aku la tu...haha

Lepas tu ada plak slot bersama En Armyn, Timbalan Pendaftar Pejabat Penasihat Undang-undang UiTM Malaysia pasal perubahan Akta 174. Sebenarnya aku dah kenal Encik Armyn sejak pertama kali aku masuk UiTM pada Julai 2007 sebab dia Pegawai Pembangunan Pelajar (PPP) atau pendek kata cam warden asrama ar. Untuk slot ni aku jadik MC gak, sebab dah syok jadik MC, membawak aku jadik MC pada slot kedua ni. Untuk pengetahuan korang aku pun bukannya mantap jadi MC ni tapi, aku suka mencabar diri aku dengan benda-benda yang belum pernah aku cuba, so aku cuba ar...haha.

Sebenarnya seksyen-seksyen perubahan dalam Akta 174 tersebut masih sulit tapi kami diberikan juga maklumat tersebut atas sebab portfolio yang kami pegang sekarang sebagai MPP. So aku tak bleh ler cakap aper dia bagitahu perubahan-perubahannya....huhu sori.


En Armyn sedang memberikan ceramah pasal Perubahan Akta 174


Selepas tu makan tengahari dan solat Jumaat di Kolej Angsana. Buat kali keduanya aku solat Jumaat disini, buat pengetahuan korang kat cni solat jumaat diadakan ditengah-tengah bulatan dewan makan kerana tiada masjid atau pusat islam disitu kerana belum dibina.


Meja membuktikan solat jumaat ini diadakan di kawasan kafe....


Kawasan sembahyang hanya dilindung kepingan-kepingan plastik......huhu tapi apapun didoakan agar pusat islam akan segera siap dibina

Pada petang tu, ader mesyurat diantara perwakilan-perwakilan yang membincangkan resolusi yang akan dihantar kepada Tok Nas (Prof Dato Dr Nasuddin Othman, TNC HEP). Aku akan bertindak sebagai Flow Manager pada malam tu semasa kehadiran Tok Nas so aku pun prepare la aper-aper yang patut dan yang tak patut...haha

Dari tengah Saudara Mursyidi, YDP MPP UiTM, Kanan Saudara Fairus 
dan Kiri Saudara Ainal


Perwakilan-perwakilan yang hadir, tertera nama kampus di atas kertas di atas meja tersebut

Sekali lagi aku mencabar diri aku selepas menjadi MC pada pagi itu untuk menjadi flow manager pada malamnya untuk suatu program yang berperingkat Kebangsaan. "People never matured if they run away from the obstacles in their life", prinsip itu la yang aku pegang dalam kehidupan seharian.

8.15 malam: Ketibaan masuk Prof Dato Dr Nasuddin Othman TNC HEP ke Dewan Konvensyen

YDP-YDP mengambil kesempatan bersalaman dengan orang penting UiTM

8.25malam: Lagu Negaraku dan UiTM DIhatiku
8.30malam: Bacaan Doa Oleh Mohd Ashraf Mohd Zabidi (Eh aku lar tu...haha first time) 

Kenal tak yang baca doa tu...haha 


Dari tengah TNC HEP, Pengarah Program di kanan dan Setiausaha Konvensyen di kiri....

8.45malam: Penyerahan Hasil Resolusi dan Pembentangan Hasil Resolusi Oleh Aiman Zakwan Zickil

Saudara Aiman YDP MPP UiTM Cawangan Kedah membacakan hasil resolusi

9.10 malam: Ucapan TNC dan Maklumbalas Tentang Resolusi

Ada yang telah kita laksanakan dan ada yang belum....TNC HEP

10.30 malam: Majlis Pemberian Cenderamata Dan Hadiah

Terimalah dari kami sedikit cenderahati dari bajet yang Dato sendiri luluskan...haha

10.45malam: Jamuan Untuk VIP

YDP-YDP bersama Dato Nas



Hari Ketiga: Pembentangan Perlembagaan MPP UiTM SeMalaysia

8.30 pagi: Perbincangan Tidak Formal Dinatara Profolio MPP UiTM Semalaysia


Di antara YDP-YDP 


Di antara Portfolio Berkaitan Hubungan Dalaman & Pengantarabangsaan

10.30 pagi: Pembentangan Perlembagaan


Perwakilan Meneliti Perlembagaan Yang Dikeluarkan Oleh MPP UiTM Shah Alam


Perlembagaan MPP: Penstrukturan Pentadbiran MPP UiTM Malaysia

1.30 petang: Makan Tengahari
3.00 petang: Bergerak Balik Ke Shah Alam


Lepas tu dijangka ada dinner di Intekma pada malam ni(10 Oktober 09)...insyallah

PS:
Time pembentangan perlembagaan tu ada member MPP aku yang tak puas hati dengan keputusan majlis mengenai penggunaan bahasa Exco dan Sekretariat. Sekretariat membawakan makna yang lebih besar dari Exco tetapi keputusan mesyuarat mengatakan Exco adalah lebih baik dan tiada seorang pun yang menyokong dan backing dia lalu Dia blah keluar dari mesyuarat sambil menangis....huhu. Dramatik dan emosional kan, tak sangka plak aku dia bleh menangis sebab aku tengok dia bukanler wanita yang mudah menangis...saper dia??? Itu Rahsia., bukan Zira...haha. Apapun kene ar pujuk sebab yerlah perempuan kan, tapi bukan aku lar yang pujuk kang kalau aku yang pujuk lagi menangis plak dia..hahahaha.

My Candid Time There: 


Aper tengok-tengok hah....hehe


Biro Program Sedang Berikan Taklimat Kepada Biro-biro lain
  Aku ngan Anwar MPP Muzik bukan Anwar PKR,k.....haha



Eh mcam dalam bingkai gambar la plak...haha


Men of the Convention is me...haha yer ke


Azira tengah mengorat, ader ke patut....haha..jangan marah na Zira

No comments:

Other Topics