Followers

Saturday, 3 October 2009

Burger Oh Burger ....


Korang pernah terfikir tak yang nama burger kadangkala panjang sangat contohnya Burger Double Daging Cheese atau Burger Daging Cheese Special? Kalau korang tanya aku, susah gak aku nak cakap....

Sebenarnya aku nak cakap pasal kejadian semalam, aku gi la keluar dalam kul 10malam camtu untuk makan malam. Memandangkan member2 bilik aku keluar dahulu, so aku pun g la sensorang cari makan.

Sampai jer kat Seksyen 2 tu aku pun order la burger....2 burger daging 1 burger ayam. G jap Kedai Rahmat tu beli teh ngan gula. Pas tu aku pun lepak ar tunggu burger siap, aku perasan yang mamat jual burger tu tengah sibok wat burger sebab takder pembantu, kawan-kawan yang dok sebelah dia pun tak jual burger, may be just lepak-lepak jer.

Tetiba datang sorang minah ni ngan pakwe dia (kut ar), nak order burger....tengok kan keadaan mamat jual burger yang tak cukup tangan layan pelanggan, kawan dia pun nak la membantu sebab dah lama couple ni nak order tapi tak dapat-dapat order. Dalam masa yang sama mamat jual burger ni tengah telefon panggil member dia yang keje jual burger tu untuk tolong sbb member-member yang tengah lepak dengan dia tu x berpengalaman.

Couple ni pun mintak ar camni "bang, Burger Daging Special Cheese 2.... eh bukan bukan burger daging sepecial cheese satu, burger special ayam cheese 2......eh silap-silap, Burger Ayam Cheese Special 3".....  korang tau apa member mamat jual burger yang tak jual burger tu kata..." mak aih panjang nyer nama, takjadi la aku tolong"...haha aku yang kat situ tengok je dia berlalu sambil tergelak dalam hati dan kata " susah gak ek jadi penjual burger ni, macam-macam nama burger dia kene ingat, panjang-panjang lak tu"...haha.

Korang paham ke cerita aku ni, kalau tak paham wat-wat ler paham ek...haha

No comments:

Other Topics