Andai Masa Dapat Ku Undurkan


Masa,
Andai dapat aku undurkan,
Banyak kesilapan yang dapat aku perbetulkan
Banyak madah dapat aku baikkan
Banyak benda yang dapat aku fahamkan

Masa
Andai dapat aku undurkan,
Mungkin kita dapat bertemu lebih awal
Dalam mengatur liku-liku kehidupan
Liku-liku kehidupan yang dapat aku ulangi
sekiranya wujud kesilapan

Masa
Andai dapat aku undurkan,
Maka tiadalah lagi erti kematangan
Tiada lagi erti pengalaman
Tiada lagi erti cabaran dalam kehidupan

Masa
Andai dapat aku undurkan,
Kehidupan ini bagaikan sebuah permainan komputer,
Boleh disave dan boleh diload
Bila-bila masa sahaja
Kerna itu Allah ciptakan masa bukan sesuatu yang kita mampu undurkan.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis