Tips Syeikh Abdul Kadir Al Jailani


 Berikut adalah
 tips dari Syeikh Abdulkadir Al
 Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

 Jika engkau bertemu
 dengan seseorang, maka yakinilah
 bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam
 hatimu :


 "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik
 dan lebih tinggi
 dariku".



 Jika bertemu anak
 kecil, maka
 ucapkanlah (dalam hatimu) :


 "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan
 diriku telah banyak
 bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik
 dariku"..



 Jika bertemu orang
 tua, maka
 ucapkanlah (dalam hatimu):


 "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama
 dariku, tentu dia lebih
 baik dariku."



 Jika bertemu dengan
 seorang yang berilmu,
 maka ucapkanlah (dalam hatimu):


 "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan
 kuperolehi, mencapai
 kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa
 yang tidak kuketahui
 dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik
 dariku."


Jika bertemu dengan
 seorang yang bodoh,
 maka katakanlah (dalam hatimu) :


 "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh
 (tidak tahu),
 sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui
 akibatnya.


 Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya
 kelak. Dia tentu lebih
 baik dariku."


 Jika bertemu dengan
 orang kafir,
 maka katakanlah (dalam hatimu) :


 "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di
 akhir usianya dia
 memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di
 akhir usia diriku
 kufur dan berbuat buruk.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis