Tanah Air & Tanah Tumpah Apa Bezanya.....huhu

Selalunya orang mempunyai tanah air & tanah tumpah yang sama iaitu kedua-duanya di Malaysia. Tapi aku mempunyai tanah air di Malaysia tetapi tanah tumpah di Scotland UK....huhu bukan untuk membangga diri tetapi sekadar membawa kita terfikir apakah semua orang mempunyai tanah air dan tanah tumpah yang sama.
Aku cintakan Malaysia dan aku sayangkan negara tumpah aku,UK. Tetapi tidak bermakna aku lupakan sekiranya memilih negara yang bukannya mempunyai pemerintah bukan islam, aku lupakan pasal agama, aku tinggalkan sembahyang, aku tidak tunaikan puasa dan tidak tunaikan zakat (memang belum pun sebab abah yang bayar..hehe). Agama dan asal usul adalah dua perkara yang berbeza. Tidak semua orang di negara Islam adalah Islam dan sebaliknya.
Malaysia tanah airku

Sekiranya aku tidak sayangkan Malaysia takkanlah aku memegang jawatan sebagai wakil pelajar, sekiranya bukan bertujuan untuk menjaga kebajikan dan membentuk softskill mengadakan program untuk anak bangsa aku sendiri. Tetapi kadangkala aku terasa sayu, yelah orang balik kampung, aku balik kampung, orang duduk di tanah tumpah sendiri tapi aku langsung tidak pernah kenal tanah tumpahku sendiri. Untuk contoh paling mudah samalah seperti orang yang lahir di Johor, tak pernah jejak kaki ke Johor, orang lahir di Melaka tak pernah jejak kaki di Melaka, apa perasaan  korang pasti sedih giler kan...hanya manusia sebegitu layak dipanggil manusia yang berperasaan lar...(mengikut definisi aku)
Scotland, tanah tumpahku

Aku dilahirkan di Queens Mother Hospital, Glasgow, Scotland, UK pada 6 Ogos 1988. Tarikh yang sama dimana Hiroshima & Nagasaki dibom pada tahun 1945...huhu. Aku sempat menetap selama setahun disana dan pulang pada 1989, maybe sebab mak bapak aku taknak aku dibesarkan di persekitaran budaya barat, mereka mahukan aku dibesarkan di Timur yang lebih mementingkan nilai masyarakat yang bersopan santun...aiceh poyo la plak ayat aku.
  
Sungai Brechin berdekatan kawasan perumahan di Brechin Street

Kadang-kadang menonton filem dari UK pun aku terfikir bilakah agaknya aku dapat pulang untuk menikmati kehidupan di sana, bukan kata aku tak sayangkan Malaysia tetapi rasa untuk menikmati suasana di sana amat mendalam.Bunyi macam aku tak patriotik tapi sebenarnya aku antara yang mementingkan nilai patriotisme tetapi dalam keadaan aku patriotik dan setia kepada kedua-dua negara Malaysia & UK...huhu.
Kawasan perumahan Brechin Street

 Kadang-kadang aku nak juga melawat negara tersebut di tempat-tempat yang penting bagiku contohnya Brechin Street , kawasan perumahan dan rumah dimana aku dibesarkan selama setahun, Queens Mother Hospital, hospital aku dilahirkan, University Straclyde, universiti tempat ayahku belajar, Kedutaan Malaysia UK di London & Malaysia Hall, tempat kebiasaan diadakan perayaan aidilfitri untuk pelajar Malaysia, dan lain-lain tempat lagi.
Di kawasan Malaysia Hall di London

Korang boleh rasakan tak betapa aku rindukan tanah tumpahku sehinggakan aku selalu jer tengok 'rate' tiket-tiket kat AirAsia.com sambil terfikir agak-agak biler plak aku boleh ke sana...huhu terasa macam orang kurang bijak tapi apakan daya, keadaan sekarang sebagai seorang pelajar membuatkan hasrat aku tercapai...huhu. Cerita drama favorite aku, Cinta Antara Benua (1997) masih menjadi tontonan aku sampai sekarang, mengapa? satu jer sebab dia menceritakan bagaimana kehidupan warga malaysia di sana menyebabkan aku suka drama tersebut.
 
DramaCinta Antara Benua (1997) yang dilakonkan oleh Ahmad Idham, M Rajoli & Banyak lagi...

Tapi kan satu jer aku pelik, aku lahir kat sana tapi cakap english tak mantap pun.....hahahahaha tu yang aku conpius sampai la ni...haha.Aku hanya ceritakan apa yang terbuku dalam hati aku...huhu.
University Of Straclyde, universiti abah yang menjadikan skrol yang dimilikinya untuk menampung makan minum kami sekelurga

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis