Followers

Saturday, 12 September 2009

Pilihanraya MPP 2009/2010

Akhirnya target aku untuk bertanding dalam pilhanraya MPP UiTM tercapai...huhu gumbiranya. Pada hari pengundian tu aku ngan Wadi tunggu kat tingkat 8 untuk greet pengundi, tapi sampai tengahari dia hilang gi fak lain...huhu. Tapi kalau nak tau kat sinilah korang bleh menarik pengundi-pengundi yang diatas tali buat kali terakhir, bila diaorang nampak je gambar korang kat dalam sistem diaorang akan pilih cayalah.

Aku bertanding pun sebenarnya atas rasa nak take revenge diatas pengunduran diri aku time JPP(Jawatankuasa Perwakilan Pelajar cam MPP gak ler sbb ader pilihanraya) dulu kat Matrikulasi Perlis. Kalau dulu after aku resign, untuk fokus to study dan alhamdulillah aku dapat 4flat tapi kali ni takkan sesekali aku melangkah meninggalkan MPP walaupun apa cabarannya..aiceh.

10Pagi
Aku sebenarnya sikit pelik sebab calon-calon lain fakulti aku, Zira ngan Farahin fokus to pengundi kat Puncak Perdana yang beberapa ratus orang jer. Bukan nak act..hehe tapi aku konfiden akan menang di Puncak coz my jentera disana merupakan orang penting bebudak akaun kat situ...hahah. Strategi strategi...Aku sambil greet pengundi bagi ler sket gula-gula, mane la tau dapat melembutkan hati mereka plak...haha.

12tengahari
Masa tengahari tu bila aku tengok tempat pengundian kosong, aku pun balik ler kat umah sebab nak rehat jap. Petang tu nak greet lagi diaorang ni. Petang tu terpakse la skip satu kelas sebab nak greet orang punya pasal although sebenarnya aku rasa ramai dah kenal aku coz indirectly dah setahun aku berkempen secara tak langsung pendek kat kebanyakan pengundi yang junior khususnya kenal aku...haha agak nyer lah.

2.00petang
Petang ni ramai plak orang turun ngundi. Member-member aku pun kena paksa undi...hahaha. Pengurusan arahkan semua pelajar mengundi sebab nak tingkatkan peratusan keluar mengundi. Diaorang tanya apa aku akan buat kalau aku terpilih, jawapan aku macam-macam...haha. Insyallah tercapai ke tak tu kene tengok ler.

4.30petang
Peti mengundi dah nak ditutup. Staf-staf terlibat dah sibuk update system dan apetah dia bwat ngan system tu, wakil aku Krol yang bertanggungjawab bagi pihak aku untuk pastikan pendrive dari komputer akan dimasukkan secara selamat. Terima kaseh bebanyak sebab sudi jadi wakil aku...haha
Untuk pengetahuan korang, pilihanraya kali ni adalah yang pertama di UiTM menggunakan sistem E-voting, maknenyer secara online le. Setelah semua orang mengundi, pendrive akan dikeluarkan dimana vote-vote 2 disimpan dan seterusnya pendrive 2 akan dibawak ke pusat pengundian kat pusat sukan.

8.00malam
Masa paling berdebar sampai boleh gugur jantung adalah waktu terima keputusan pengundian. Tapi bukan untuk over confident tapi aku bukannya risau whether aku menang atau tak tapi apa yang aku risaukan ialah dengan siapa aku akan bekerja nanti, maknenyer Zira, Wadi atau Farahin....huhu. Agak-agak aku dah konpem menang ler tu...hehe.
Sebelum keputusan diumumukan, wakil-wakil calon akan ke hdapan untuk chek undi yang telah dikira dan akhirnya barulah keputusan diumumkan. Dia bagi result from fak to fak, alhamdulillah seperti yang aku jangkakan aku menang majoriti dengan peratus keluar mengundi 78%. Terima kasih bebanyak aku ucapkan kat member-member aku yang tolong time pengundian, Halim (Manager Induk), Krol (Wakil Calon), Meor Puncak (Manager Puncak), Ecah, Rozai, dan member-member lain yang aku sangat terhutang Marrybrown ngan diaorang sebab aku menang..huhu.

Antara faktor kemenangan aku (yang aku rasa ah):
- Peluang aku bercakap time AGM Abbacs yang mane 3 calon yang lain tak dapat peluang tu
- Penglibatan aku dalam MMS menyebabkan ramai junior yang kenal aku
- Jentera pilihanraya yang aku pilih dari kalangan orang yang ada influence (bukan influenza ek)
- Dan banyak lagi ah yang penting ni adalah suatu amanah dan tanggungjawab aku kepada para pengundi aku dan aku mesti lakukan yang terbaik.

No comments:

Other Topics