Kemiskinan Bukan Erti Kau Gagal


 Saya sangat
 mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang
 saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru
 beberapa tahun yang lalu.


 Ceritanya:

 Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala
 Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya
 setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya
 selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan
 kasutnya dia hanya berdiam diri.
 Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi
 kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari
 datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia
 hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan
 yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia
 masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat
 keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji
 saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya
 menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja
  yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.
 Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya
 lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap
 lambat.
 Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya.
 Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya.
 Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh
 dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak
 murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam
 keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga
 kelihatan gelisah.
 Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2
 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka
 baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya
 diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas
 memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia
 sudah berlari ke arah sekolah.
 Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya
 memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula
 tergenang.
 "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan
 memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan
 kamu baju tadi?"
 Dia terkejut dan wajahnya berubah.
 "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak
 ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan
 saya, cikgu." Jawabnya
 "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu
 biarkan saja cikgu pukul kamu?"
 " Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan
 ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul
 serahkan saja punggung kamu."
 Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk
 anak itu, "Maafkan cikgu, ......."
 Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba
 membantunya setakat yang mampu.
 Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata
 seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah
 dengan perkara2 berikut;

 i. Solat sunat
 ii. puasa sunat
 iii. berzikir
 iv. bersedekah
 v. mengusap rambut anak yatim
 vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
 vii. membantu orang susah


 Yahya Bin  Hj
 IbrahimSME Bank, Miri Branch  * Lot
 1190 Shophouse, Grd, 1st & 2nd Floor, Miri Waterfront,
 Jalan Permaisuri, 98000 Miri, SARAWAK.( 085-418448, 414418,
 430488 7 085-415488 1 yot080576@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis