Interview With Sidang Redaksi Majalah SMF

Biodata
nama: MOHD ASHRAF BIN MOHD ZABIDI
tarikh lahir: 6 OGOS 1988 - GLASGOW SCOTLAND, UK.
bil adik beradik: 3 orang (1 lelaki 2 perempuan)-termasuk abang
kursus: AC220 - Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)
latar belakang pendidikan:
1)Sekolah Kebangsaan Sungai Raya Kampung Kepayang Ipoh (SKSR)
2)Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang Ipoh
3)Kolej Matrikulasi Perlis (KMP)
4)Universiti Teknologi MARA Malaysia
motto kehidupan: Oppurtunity does not come everytime, the main thing is how you grab it.
Soalan2 temu bual online…hehe..
1)saudara sudah berapa lama bersama majlis perwakilan pelajar?
 
10 tahun lebih dah..tetapi baru aktif sejak bulan Januari yang lepas sejak terpilih di dalam pilihanraya yang diadakan. Terima kasih kepada semua yang turun mengundi.
2)apakah yang menyebabkan saudara mahu berkhidmat dan memegang jawatan dalam organisasi ini?
Meneruskan kesinambungan JPP (Jawatankuasa Perwakilan Pelajar) yang pernah dipegang di matrikulasi dahulu tetapi disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan tempoh memegang jawatan tersebut hanyalah 2 bulan.
3)kepimpinan pastinya berhadapan dengan pelbagai dugaan dan kenangan. pastinya saudara mempunyai sesuatu untuk dikongsi bersama… ceritakan…
Kadangkala keputusan yang dibuat oleh orang lain menyebabkan kita sebagai pemimpin yang dipersalahkan. Selain itu, program mega iaitu Accounting Leadership Camp Cruise Edition yang dicancelkan pada last minit pada bulan lepas 17-19 Julai sebenarnya merupakan suatu cabaran yang besar
4) sebagai seorang mahasiswa, bagaimanakah saudara membahagikan masa antara tanggungjawab sebagai seorang mpp dan seorang pelajar tanpa mengabaikan pelajaran?
Sebenarnya pembahagian masa ini tidak menjadi kegusaran khususnya dengan bantuan organizer, PDA & diari, dari situ ia membantu perjalanan hidup kita sebagai seorang pelajar dan dalam masa yang sama seorang wakil pelajar. It is actually back to yourself whether nak bahagikan atau tidak.
5) dengan tanggungjawab yang ada, apakah harapan saudara kepada seluruh pelajar UiTM s.alam??
Tanggungjawab itu amanah, amanah itu suatu kewajipan dan kewajipan merupakan suatu dosa sekiranya tidak kita jalankan.
6)kata2 terakhir sebelum meletakkan jawatan??
 Anda pilihlah wakil pelajar yang bakal menggantikan saya dan Saudari Azira (MPP), bukan mengikut ukuran luaran semata-mata tetapi kenalilah mereka dahulu kerana mereka inilah yang bakal membawa suara anda. Kami juga merupakan insan biasa yang melakukan kesilapan dan mempunyai kelemahan tersendiri.
p/s: please reply as soon as possible…
kerjasama abang amat sy hargai… tq.. (“,)
From: ruslyana farahana Sidang Redaksi Majalah SMF

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???