Antara Kos Lepas & Pengorbanan....

Kadang-kadang kita terpaksa berkorban disebabkan perkara yang lebih penting. Kerana kalau tiada pengorbanan tu, kedua-duanya akan musnah, jadi untuk menyelamatkannya kita kene pilih salah satu yang mana satu lagi yang lain akan jadi kos lepas...huhu dengar macam mudah tapi susah sebenarnya nak terima.
Kos lepas nilah yang kita namakan pengorbanan, tapi macam mana pulak nak berkorban untuk yang dah macam lagu dengan irama...cam kate p ramlee. Kos lepas ni pun sebenarnya boleh menjadi pilihan pada masa depan tapi kalau yang luput dek zaman pulak camner. That lead us to a way where we must chose our own decision, a wise decision. Unwise decision, will let you down but in another time it will teach you about life.
Dulu aku pernah memilih A untuk dijadikan insan yang paling istemewa dalam hidup aku tetapi setelah perpisahan berlaku, aku langsung tak terbuka untuk menerima sesiapa. Aku rasakan yang aku hanya akan setia pada yang satu iaitu A walaupun aku dah jauh melangkah meninggalkannya, hati aku, tindakan aku dan peribadi aku still masih dibentuk sewaktu aku dengan A. Kadang-kadang aku teringat sehingga termimpi-mimpi yang bukan-bukan tentangnya......
A kalau kau still ingat kat aku tolonglah hubungi aku kerna aku masih ingatkan kau bukan untuk sebulan dua tetapi hampir setahun kita bersama, susah senang, luka duka dan sebagainya. Tapi aku tahu betapa kau tak akan hubungi aku apatah lagi menjengukku disini. 
Kerana kau ialah Buku Teks Ekonomi Asas Tingkatan 4 aku yang entah diletakkan kat mane...haha korang dah terkena

PS: Cerita diatas tiada kaitan diantara yang hidup da juga yang telah meninggal dunia.
 

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis